Thursday, April 9, 2015

CINCIN DAN DAKWAT...

         Aku masih belajar,masih lagi memegang pen sebagai usaha untuk meraih kejayaan dalam kehidupan akan datang. Aku bukan lah dari golongan yang berada, hanya hidup sederhana tapi aku bahagia walaupun tidak berharta seperti orang lain.

        Ramai kawan-kawan aku dah berumah tangga dan mempunyai zuriat. Tapi aku masih lagi mengusung buku kesana kemari . Tapi itu tidak merimaskan ku . Aku hanya ada satu matlamat iaitu untuk berjaya, bahagiakan ibu bapa aku d

       Orang lain dah tersarung cincin dijari, tapi aku masih tercalit dakwat di jari :). Mungkin jodoh aku masih belum sampai. Be positive, one day it will be my turn In sya Allah :)


Wednesday, January 14, 2015

KAU SI PENCURI HATI...


Sudah setahun aku mengenali mu,
tapi aku tidak tahu samaada kau adamku atau bukan,
firasatku kuat mengatakan ya,
tapi itu ketentuan Allah,

Perasaan ini makin besar,
semakin hari semakin besar,
aku berharap rasa ini akan menjadi satu,
dan yang terakhir dalam hidupku,

Aku sayang,
sungguh sayang,
tapi tak dapat diungkap,
kerana kau bukanlah milikku,

Kau yang mencuri hatiku saban hari,
buat jiwaku yang luka makin pulih,
aku, yang pernah terluka,
kerana sang adam,

Adam yang manis bicaranya,
lembut tuturnya,
baik pekertinya,
tapi, sayang kau bukan milikku,

Aku redha, kau sudah ku lupakan,
jangan ungkit kisah lalu,
kelak luka brdarah kembali,
pergilah, pergi sejauh mungkin

Pergilah kau jangan kembali,
ku berharap kisah hitam itu tidak akan berulang lagi,
ku berharap wahai adamku,
yang akan mengisi kekosongan jiwaku,

Memimpinku ke syurga,
yang kekal abadi...



Thursday, September 25, 2014

KEHIDUPAN BARU DI TEMPAT BARU...


Aku hanyalah musafir yang sedang berlumba-lumba mencari ilmu.
Untuk menggapai cita-cita yang diidamkan.

Aku seorang musafir yang tidak pernah jemu mencoret tinta di atas layar putih.
Ada ketika aku kuat, ada ketika aku rebah dengan ujian dunia.

Namun aku tabahkan hati untuk bangkit kerana sebuah harapan.
Harapan besar dari kedua orang tua yang mengharapkan kejayaan.

Aku akan berusaha menjadi kebanggaan mereka.
Menjejakkan kaki ke menara gading sekali lagi.

Kali ini aku akan buktikan bahawa aku mampu seperti orang lain.
Mereka boleh kenapa kau tidak ?

Buang segala anasir negatif dalam diri.
Pasti aku mampu untuk berjaya seperti mereka.

Usaha Tangga Kejayaan... AKU BOLEH...

Tuesday, March 18, 2014

IKHTILAT






Assalamualaikum w.b.t

    Alhamdulillah, aku masih dikurniakan nikmat bernafas sebelum pergi meninggalkan bumi yang fana ini...Kali ni nak cerita tentang ikhtilat . Ummmm, mesti ada yang tak tahu ikhtilat tu apekn ???Haaaa senang cite tgk gambar atas ni...

    Nak dijadikan cerita la kan . Ni zaman dulu-dulu kala la. Zaman sekolah menengah . Dulu aku ni memang macam skema2 gitu . Hehe.  Ye la zaman tak matang lagi . huhu . Time skolah menengah budak2 lelaki memang nakal. Macam orang tu . haha . Ok sambung  cerita balik .

    Budak2 lelaki ni memang suka betul kacau budak2 perempuan . Pantang lalu depan mata . Ada je yg nak ditegur nak diusik . Aku ni pulak jenis tak suka menda2 macam ni . Kelas aku pulak hujung dunia . Da memang la kne round satu sekolah baru sampai kelas . hmmmm -_- . Nak tak nak terpaksa la lalu depan budak2 laki yang agak nakal tu . Ape lagi . Aku ni cepat gelabah sikit . Ehhh bukan sikit banyak kot . Bila lalu je depan kelas budak2 nakal tu . Entah la nak cakap macam mana kaki aku macam ringan semacam je, laju semacam je time lalu depan kelas tu .  Aku langsung tak layan diorang panggil . Pandang kiri kanan pun tak . Rasa nak tutup muka pun ada . Tapi kalau tutup kang takut tak  nampak jalan pulak . Mahu tak reboh depan tu . Malu woiii . Agak2 seminggu aku tak datang sekolah sebab malu punya pasal . Haha
   
    Diorang ape lagi, usik la aku dengan kawan aku ni . Memang malu tak payah cakap la . Kalau boleh memang nak je lalu tempat lain . Tapi masa tu da terpaksa nak buat macam mana . hmmmm sabo jela . Aku pun wt 'donno' jela . Lantak ke diorang . Dah la halang laluan orang . Memang serabut . Diorang ni pulak jenis suka lepak kt koridor kelas . Kat tangga . Ish orang nak lalu pun susah . Rasa jugak nak sepak sorang2. Biar tergolek macam ayam golek . Dah la tengok orang semacam je . Macam tak pernah tengok orang .

   Haaa ni satu lagi masalah sorang mamat ni . Masa aku form 3 . Dia ni form 4 . Seriously aku cakap . Aku tak pernah nak suka budak2 lelaki kat sekolah aku ni . Memang menyampah, meluat semua ada la . Bukan suka2 je aku benci diorang ni . Aku benci bersebab . Diorang ni gatal sangat yang tak tahan tu . hmmm . Budak lelaki ni usha2 aku masa rehat . Dia borak la dengan classmate aku ni . Suruh kirim salam kat aku . Aku wt donno je . Malas nak layan . Pantang tak de cikgu, tak de kelas haaa mula la merayap je keje nye .

    Ummmm . Masa form 5 pulak aku ni terlampau la banyak aktiviti sampai balik lewat petang . Ye la form 5 katakan nk SPM . Ada kelas tambahan la ape la . Aku ni kena la balik dengan bas angkut-angkut tu . Time tu dah petang dalam pukul 4 gitu la kot . Ada lagi budak yang tunggu bas kat bus stop luar skolah tu . Dan yang aku paling tak suka nya budak tu suka kacau aku . Nak duk sebelah aku ? memang tak la . Aku lebih rela berdiri dari duduk lau gitu lah gayenye . Jaga jarak katekan. Aku ni tak suka bersosial sangat . Malas nak kawan dengan orang macam tu .

    Bas ni pulak sekian hal . Lambat nye la hai mengalahkan siput . Kalau tunggu kucing bertanduk pun, mungkin dah tumbuh dah tanduk dia agaknya . Nampak tak bertapa lamanya aku kena tunggu kat situ macam tunggul kayu . Dengan budak2 nakalnye lagi . Dalam hati aku ni cepat la datang bas oiiiii aku nak balik niiii .

   Bas ni pulak jenis kena tekan loceng kalau nak turun. Aku ni jenis cuak . Takut loceng yang aku tekan tak bunyi . Mula lah gelabah tak tentu hala nak cari loceng lain pulak . Yang budak-budak laki ni tadi tiba-tiba sesuka hati dia je duduk sebelah aku . Haish . Bukannye bas tu x de tempat duduk lain . Saje je nak kacau aku . Masa ni aku dah rasa lain macam . Kalau duduk je aku boleh terima lagi la . Ni tak sibuk nak kacau orang . Waktu tu hanya Allah je yang tahu betapa aku nak balik sangat-sangat .

   Bila bas da nak dekat dengan rumah aku, aku stanby la nak tekan loceng . Masa ni aku resah gelisah dah nak tekan loceng . Aku target la loceng yang dekat dengan tempat duduk aku tu .Ehhhh . Yang aku tak boleh bla nye . Budak tu pergi tutup loceng tu dengan tangan dia . Maka nye aku tersentuh la tangan si budak laki tu . Automatikly la aku tarik tangan aku cepat-cepat . Sepantas kilat . Tak sempat pun aku nak tekan . . Masa tu aku dah tak boleh nak sabar dah . Aku pergi tengking dia . 'boleh tepi sikit tak ha ? aku nak tekan loceng tu la!!!!!' . Nasib baik budak tu tekan loceng tu kalau tak terlajak la bas tu dari rumah aku . Lepas tu budak tu terus bla .

   Lepas je turun dari bas, memang aku sumpah seranah la budak tu dalam hati . Dalam hati je . Depan-depan memang tak berani la . Tarik muka 14 . Terus balik rumah . Jalan laju-laju .

    Ummm... Tu la antara kisah aku kat sekolah menengah . Walaupun banyak kisah pahit dari manis . Aku tetap rindu dengan suasana sekolah tu . Rindu dengan kawan-kawan seperjuangan aku .

                                                                              ~CIK A~

   

  

Monday, March 17, 2014

~UHIBBUKA FILLAH~





Assalamualaikum w.b.t...

    Setiap makhluk itu diciptakan berpasang-pasangan. Bulan dengan bintang, air dengan api, dan macam2 lagi la . Macam tu juga manusia 

    Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

   Jika aku ditemukan jodoh di dunia temukan lah aku jodoh yang sentiasa ingat kepada Mu Ya Allah . Agar dia dapat membimbing ku supaya lebih dekat denganMu . Kerana aku ingin menuju ke syurgaMu bersamanya. Jika jodohku di alam sana mungin itu adalah sebaik perancangan dari Mu .
   
                                                                                     ~CIK A~

Saturday, February 8, 2014

Family ku...




Assalamualaikum w.b.t...

Stelah sekian lama blog ni bersawang *amek pnyapu sapu* . Kali ni nak cerita pasal keluarga saya pulak . Ni time BBQ hri tu . Kteorg memang jarang amek gambo sama-sama macam ni . Bila ada event bru leh bergambar sama-sama .

Tanpa mereka siapa lah aku . Nak cerita pe ek ??? ummm . Saya ada 5 adik beradik . 2 abang, 2 adik . Saya duk tengah2 . Khairul, Fahmi, Wani a.k.a Cik Arnab, Adibah, Sakinah . Mak n Ayah yg aku sayang . <3


                                                                                      <3 : Cik Arnab

Saturday, January 25, 2014

Kisah Ibu dan Anak...


Hari ni aku pergi klinik sebab nak teman adik aku buat medical check up . Punye la lama kemain lagi tunggu sebab ramai orang . Nombor giliran lambat lagi .

Masa aku duduk kt kerusi menunggu tu ada sorang budak lelaki dengan ibu dia . Duduk sebelah aku . 

Aku terdengar diorang berborak . Ibu dia cakap kat anak dia . 'Ibu sakit' . Pastu anak dia tanya ibu dia 'kenapa ibu sakit ? sapa buat ?' tiba-tiba je aku senyum . Tapi aku terpikir jugak ape yang budak laki tu cakap .

Kadang aku tak terpikir pulak . Betul jugak ape yang budak tu cakap . Budak2 x pandai nak menipu . Dia cakap ape yang dia fikir . Pastu anak dia peluk ibu dia . 

Yang paling aku tersentuh bila anak dia cakap 'saaayang ibu' sambil peluk ibu dia . Aku dengar pun da rasa bahagia . Aku terfifkir kalaulah aku ada anak macam tu . Aku rasa akulah ibu yang paling bahagia sekali .

I hope someday I have a son and daughter that love me so much . ^_^