IKHTILAT


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, aku masih dikurniakan nikmat bernafas sebelum pergi meninggalkan bumi yang fana ini...Kali ni nak cerita tentang ikhtilat . Ummmm, mesti ada yang tak tahu ikhtilat tu apekn ???Haaaa senang cite tgk gambar atas ni...
Nak dijadikan cerita la kan . Ni zaman dulu-dulu kala la. Zaman sekolah menengah . Dulu aku ni memang macam skema2 gitu . Hehe. Ye la zaman tak matang lagi . huhu . Time skolah menengah budak2 lelaki memang nakal. Macam orang tu . haha . Ok sambung cerita balik .
Budak2 lelaki ni memang suka betul kacau budak2 perempuan . Pantang lalu depan mata . Ada je yg nak ditegur nak diusik . Aku ni pulak jenis tak suka menda2 macam ni . Kelas aku pulak hujung dunia . Da memang la kne round satu sekolah baru sampai kelas . hmmmm -_- . Nak tak nak terpaksa la lalu depan budak2 laki yang agak nakal tu . Ape lagi . Aku ni cepat gelabah sikit . Ehhh bukan sikit banyak kot . Bila lalu je depan kelas budak2 nakal tu . Entah la nak cakap macam mana kaki aku macam ringan semacam je, laju semacam je time lalu depan kelas tu . Aku langsung tak layan diorang panggil . Pandang kiri kanan pun tak . Rasa nak tutup muka pun ada . Tapi kalau tutup kang takut tak nampak jalan pulak . Mahu tak reboh depan tu . Malu woiii . Agak2 seminggu aku tak datang sekolah sebab malu punya pasal . Haha
Diorang ape lagi, usik la aku dengan kawan aku ni . Memang malu tak payah cakap la . Kalau boleh memang nak je lalu tempat lain . Tapi masa tu da terpaksa nak buat macam mana . hmmmm sabo jela . Aku pun wt 'donno' jela . Lantak ke diorang . Dah la halang laluan orang . Memang serabut . Diorang ni pulak jenis suka lepak kt koridor kelas . Kat tangga . Ish orang nak lalu pun susah . Rasa jugak nak sepak sorang2. Biar tergolek macam ayam golek . Dah la tengok orang semacam je . Macam tak pernah tengok orang .
Haaa ni satu lagi masalah sorang mamat ni . Masa aku form 3 . Dia ni form 4 . Seriously aku cakap . Aku tak pernah nak suka budak2 lelaki kat sekolah aku ni . Memang menyampah, meluat semua ada la . Bukan suka2 je aku benci diorang ni . Aku benci bersebab . Diorang ni gatal sangat yang tak tahan tu . hmmm . Budak lelaki ni usha2 aku masa rehat . Dia borak la dengan classmate aku ni . Suruh kirim salam kat aku . Aku wt donno je . Malas nak layan . Pantang tak de cikgu, tak de kelas haaa mula la merayap je keje nye .
Ummmm . Masa form 5 pulak aku ni terlampau la banyak aktiviti sampai balik lewat petang . Ye la form 5 katakan nk SPM . Ada kelas tambahan la ape la . Aku ni kena la balik dengan bas angkut-angkut tu . Time tu dah petang dalam pukul 4 gitu la kot . Ada lagi budak yang tunggu bas kat bus stop luar skolah tu . Dan yang aku paling tak suka nya budak tu suka kacau aku . Nak duk sebelah aku ? memang tak la . Aku lebih rela berdiri dari duduk lau gitu lah gayenye . Jaga jarak katekan. Aku ni tak suka bersosial sangat . Malas nak kawan dengan orang macam tu .
Bas ni pulak sekian hal . Lambat nye la hai mengalahkan siput . Kalau tunggu kucing bertanduk pun, mungkin dah tumbuh dah tanduk dia agaknya . Nampak tak bertapa lamanya aku kena tunggu kat situ macam tunggul kayu . Dengan budak2 nakalnye lagi . Dalam hati aku ni cepat la datang bas oiiiii aku nak balik niiii .
Bas ni pulak jenis kena tekan loceng kalau nak turun. Aku ni jenis cuak . Takut loceng yang aku tekan tak bunyi . Mula lah gelabah tak tentu hala nak cari loceng lain pulak . Yang budak-budak laki ni tadi tiba-tiba sesuka hati dia je duduk sebelah aku . Haish . Bukannye bas tu x de tempat duduk lain . Saje je nak kacau aku . Masa ni aku dah rasa lain macam . Kalau duduk je aku boleh terima lagi la . Ni tak sibuk nak kacau orang . Waktu tu hanya Allah je yang tahu betapa aku nak balik sangat-sangat .
Bila bas da nak dekat dengan rumah aku, aku stanby la nak tekan loceng . Masa ni aku resah gelisah dah nak tekan loceng . Aku target la loceng yang dekat dengan tempat duduk aku tu .Ehhhh . Yang aku tak boleh bla nye . Budak tu pergi tutup loceng tu dengan tangan dia . Maka nye aku tersentuh la tangan si budak laki tu . Automatikly la aku tarik tangan aku cepat-cepat . Sepantas kilat . Tak sempat pun aku nak tekan . . Masa tu aku dah tak boleh nak sabar dah . Aku pergi tengking dia . 'boleh tepi sikit tak ha ? aku nak tekan loceng tu la!!!!!' . Nasib baik budak tu tekan loceng tu kalau tak terlajak la bas tu dari rumah aku . Lepas tu budak tu terus bla .
Lepas je turun dari bas, memang aku sumpah seranah la budak tu dalam hati . Dalam hati je . Depan-depan memang tak berani la . Tarik muka 14 . Terus balik rumah . Jalan laju-laju .
Ummm... Tu la antara kisah aku kat sekolah menengah . Walaupun banyak kisah pahit dari manis . Aku tetap rindu dengan suasana sekolah tu . Rindu dengan kawan-kawan seperjuangan aku .
~CIK A~
No comments:
Post a Comment