KEHIDUPAN BARU DI TEMPAT BARU...
Aku hanyalah musafir yang sedang berlumba-lumba mencari ilmu.
Untuk menggapai cita-cita yang diidamkan.
Aku seorang musafir yang tidak pernah jemu mencoret tinta di atas layar putih.
Ada ketika aku kuat, ada ketika aku rebah dengan ujian dunia.
Namun aku tabahkan hati untuk bangkit kerana sebuah harapan.
Harapan besar dari kedua orang tua yang mengharapkan kejayaan.
Aku akan berusaha menjadi kebanggaan mereka.
Menjejakkan kaki ke menara gading sekali lagi.
Kali ini aku akan buktikan bahawa aku mampu seperti orang lain.
Mereka boleh kenapa kau tidak ?
Buang segala anasir negatif dalam diri.
Pasti aku mampu untuk berjaya seperti mereka.
Usaha Tangga Kejayaan... AKU BOLEH...
No comments:
Post a Comment